Aku Seorang Puteri?!
Pada suatu hari,di Bandar Norevia...
"Aduh,banyaknya kerja kena buat! Aku takde masa la nak buat semua ni! Bos pun satu,kenapa bagi aku banyak kerja kalau dah tahu aku ni seorang yang lambat buat kerja?! Ish!" kata seorang gadis 23 tahun namanya Syazwina. Syazwina menghempas tubuhnya ke katilnya dan menutup matanya perlahan-lahan bagi membuang stresnya.
Keesokkan harinya,dia membuka matanya perlahan-lahan dan betapa terkejutnya dia apabila melihat sekeliling biliknya jadi lain. Dia menggosok matanya berkali-kali. Ini bukan mimpi atau khayalan,ini memang realiti!
"Err... A-aku kat mana ni...? Mana semua fail-fail yang bertimbun kat meja kerja aku...?"
Syazwina mula rasa gelisah dan mahu keluar dari situ,sebelum sempat dia bangun,dia rasa sangat sakit di bahagian pinggangnya dan belakangnya.Apa yang sudah terjadi terhadap dirinya?
"Ahh!!! Apa kena dengan badan aku ni?! Tolong!!!" Dia menjerit meminta tolong sebelum keluar 5 dayang-dayang menghampirinya. Dia berkerut melihat dayang-dayang itu. Am i dreaming right now? Kenapa pulak ada ramai dayang-dayang di biliknya?
"Puteri Anastasia,bangun cik. Sudah hampir pukul 10 pagi." beritahu seorang daripada mereka sambil memegang dulang yang penuh dengan juadah sarapan.
Syazwina berkerut lagi,'Puteri Anastasia'? Bukankah itu adalah puteri dari buku cerita dongeng legenda 10 ribu tahun dahulu? Mengapa dayang itu memanggilnya Puteri Anastasia? Jangan kata yang dia...?!
"APA?!" jeritnya kuat,terkejut dengar namanya sudah bertukar ke 'Anastasia'. Sejak bila aku tukar nama aku?!
"Kau...Kau orang ni siapa...??? S-siapa pula Puteri Anastasia?"
"Laa... Cik dah lupa dah ke?" tanya seorang lagi dayang sambil ketawa kecil. Syazwina yang lihat telatah dayang itu pun rasa geram. Takkan aku tipu kot?! Ish,orang tua ni pun...
"Lupa apa? Beritahu saya cepat!" Gesa Syazwina pada dayang itu.Mahu luruh jantungnya apabila kelima-lima dayang itu ketawa kecil terhadapnya. Dia ada tanya soalan lucu ke?
"Cik la Puteri Anastasia yang dimaksudkan tu! Dan kami adalah dayang-dayang istana ni" kata seorang lagi dayang.
"SAYA?!" jeritnya lagi sekali sambil menuding ke arah dirinya. Aku? Aku adalah puteri dari buku cerita dongeng legenda 10 ribu tahun dahulu?! Macam mana boleh jadi macam ni??? Bagaimana masih boleh wujud? Bukankah ini sepatutnya dongeng legenda semata-mata? Bagaimana masih boleh wujud selepas 10 ribu tahun dahulu?!
"S-saya takde selera untuk makan sarapan..." katanya sambil urut kepalanya yang berdenyut-denyut. Mana tak sakit kepala kalau bukan sebab ni?!
"Janganlah macam ni,cik... Permaisuri sudah pasti marah kami kalau cik tak makan sarapan ni,lagipun ini masakan air tangan permaisuri." beritahu dayang itu dengan serba salah. Takkan nak buang kot? Membazir sahaja.
Dia yang sudah bertukar nama ke 'Anastasia' terus menjeling dayang-dayang itu. "I said,no means no! I dont have an appetite so dont force me or i will report it to the King!" Dia mengugut dayang-dayang itu. "Saya tak kisah ini air tangan permaisuri ke cef yang terhandal ke,saya kata taknak makan!Noktah!".
Kesemua dayang-dayang itu segera berlalu pergi apabila diugut sebegitu oleh Anastasia,dirinya.
"Aduh.. Ini memang mimpi yang paling ngeri yang paling aku geruni sekarang ni. Baik aku tidur jelah. Mungkin bila aku bangun nanti semua sudah berakhir..." katanya sambil menghampiri katilnya yang 3 kali ganda dari katil di dunia realiti. Dia baring dan menutup matanya dan mulai tidur kembali...
CONTINUE...









โI canโt fully understand the language of this story, but even without that, the emotions are coming through so clearly.
The atmosphere, the pacing, the way the story is unfoldingโit all feels so immersive and beautifully written. Thereโs something really special about it that doesnโt need translation to be felt.
Honestly, if this story were translated into English, I truly believe it would reach so many more readers and gain even more love and recognition. The potential here is amazing.
The storytelling already feels strong, emotional, and very engaging, and I can imagine so many people connecting deeply with it if they could fully understand the words.
Please donโt underestimate this workโit has a lot of heart and a very unique charm.
Iโm really rooting for this story and hoping it gets more visibility in the future. Wishing the author all the best and sending big support ๐คโจ This definitely deserves a wider audience and more readers discovering it.โ
can't wait for next ch