Semanis Bayangmu
Share with your friends
Customize readability

Semanis Bayangmu

Shin

All Rights Reserved ©

Summary

Ad adalah gadis belasan tahun,telah jatuh cinta dengan Fazrul Hakim yang berbeza bangsa dan jarak umur. Fazrul yang pada mulanya benci pada Ad akhirnya jatuh cinta dengannya dan membalas perasaan Ad. Namun,Ad menghilangkan dirinya daripada hidup Fazrul tanpa sebarang berita. Fazrul yang sedar dirinya dipermainkan,bersumpah ingin berjaya dalam hidupnya tanpa cinta di sisinya. Fazrul pulang ke Filipina sebaik sahaja dia tamat belajar dan mengejar cita-citanya. Ad pula,memulakan kehidupan baharunya bersama dengan Wan Hasnul, bapa saudara angkat Ad yang dalam diam mencintai Ad. Ad yang masih belum mampu melupakan Fazrul,meneruskan hidup baharunya dengan perasaan serba-salah dan penyesalan. 10 tahun kemudian,Ad dan Fazrul akhirnya dipertemukan semula saat Ad datang ke Filipina. Fazrul yang kembali anti dengan Ad sentiasa membuatkan hidup Ad di Filipina menjadi sukar dan Ad yang masih lagi belum dapat melupakan Fazrul,terpaksa menelan caci maki dan hinaan Fazrul kepadanya. Meskipun Fazrul benci kepadanya,hati Fazrul masih lagi setia mencintai Ad. Wan Hasnul yang menyedari Ad kembali mendekati Fazrul dan Fazrul mula buka semula hatinya kepada Ad,akhirnya menjauhkan diri daripada Ad,lagi-lagi setelah seksualiti sebenar dirinya diketahui oleh Ad. Hidup Ad selepas kehilangan Wan Hasnul bagaikan orang yang kehilangan bayangnya sendiri.

Genre
Romance,Drama
Author
Shin
Status
6yrs ago
Chapters
2
Rating
n/a
Age Rating
16+

Prolog

17 Februari 2016


Ad ambil kamera Canon 5D Mark IV kesayangannya dari beg kameranya. Ambil sahaja kamera itu,dia terus cucuk lubang USB kameranya dengan kabel untuk dia sambungkan kameranya dengan komputer ribanya. Terus dia hantar satu per satu gambar-gambar yang disimpan dalam kamera itu ke dalam komputer ribanya.


Apabila gambar Fazrul keluar di sebalik skrin komputer ribanya,senyuman manis Ad tiba-tiba terukir. Buat muka masam pun masih tampan lagi,desus hati Ad.


Knock! Knock!


“Siapa tu?” soal Ad.


“Saya la.” jawab seorang gadis yang berada di hadapan biliknya.


“Masuk la,Sasha.”


Terus pintu bilik Ad dikuak perlahan-lahan. Sasha menghampiri Ad yang masih lagi fokus dengan kerjanya.


“Transfer gambar-gambar yang awak tangkap tadi ke tu?”


“Ya.”


“Termasuk gambar-gambar Fazrul ke?”


Dengan sahaja nama Fazrul disebut,Ad pusingkan kerusinya ke arah Sasha. Mengetahui reaksi Ad sebegitu,Sasha tertawa kecil.


“Pantang betul ya bila nama Fazrul disebut.” gesa Sasha yang ingin tahu akan masalah peribadi Ad dan Fazrul yang berlarutan sehingga sepuluh tahun. Nak tanya Fazrul,dia memang tidak akan beritahu walaupun didesak macam mana pun.


Ad hanya tersengih-sengih dengan ‘usikan’ Sasha. Memang benar apa yang Sasha cakap itu. Hanya Fazrul sahaja yang kekal di dalam hatinya meskipun hubungan percintaan dua darjat mereka sudah berakhir sepuluh tahun lepas.


“Tapi kan,Ad. Saya nak minta maaf atas apa yang saya nak tanya ni.” Sasha merasakan,tiba masanya untuk dia minta penjelasan atas apa yang terjadi antara Ad dan Fazrul.


“Sounds serious. Awak nak tanya apa,Sasha?”


“Apa yang terjadi sebenarnya… di antara awak dan Fazrul,sepuluh tahun lepas?”


Zapp! Ad terasa bagaikan dia disambar petir,yang seiring dengan hujan lebat di luar itu. Terus Ad terkehel-kehel menyusun satu per satu perkataan yang perlu terbit dari bibir merah jambunya. Sasha memang perlu tahu akan kebenarannya tapi bukankah sekarang ni bukannya waktu yang sesuai untuk mengintai semula tirai masa silam yang sudah lama dilabuhkan oleh dirinya dan Fazrul sendiri?


“Panjang ceritanya. Saya rasa sampai ke tarikh pernikahan awak dengan Brandon pun tak habis lagi ceritanya.” dalih Ad yang enggan bercerita.


“Come on,Ad. It’s now or never. Maybe I can help you resurrect your fairy tale love story with Fazrul?” desak Sasha yang ingin menyatukan semula merpati dua sejoli itu.


Sasha,nak hidupkan semula kisah cinta dia dengan Fazrul? Mustahil. Fazrul pun memang dah benci dengan dirinya. Tengok muka pun dah rasa jijik,inikan lagi bertegur sapa dengannya. Lagi-lagi dendam Fazrul yang tiada titik noktahnya.


“Fine. Cerita ini bermula di kolej kami,sepuluh tahun lalu…” Ad akhirnya mengalah jua dengan kesungguhan Sasha yang berniat untuk menyatukan dia dengan Fazrul semula.



Continue reading in the app

Scan the code to open this book in the Inkitt app and keep reading on your phone.

Let Shin know what you thought about this chapter!