Kerana Tercipta Satu Takdir
Share with your friends
Customize readability

Kerana Tercipta Satu Takdir

All Rights Reserved ©

Summary

Dek kerana sebuah dendam, dia muncul semula. Selepas mencapai kejayaan dalam dunia perniagaan, dia mula memburu pembunuh keluarganya. Baginya, mustahil dia akan maafkan pembunuh itu. Kerana luka yang ditinggalkan, terasa sakit sehingga kini. "Kenapa aku selalu jumpa dengan kau? Kau stalk aku kan?" "Kalau saya kata ya, apa yang awak boleh buat? Setakat nak bagi amaran semua..saya tak hairan lah!" Apabila hati kata ya, dia menidakkan. Selagi dendam belum dibalas, tidak akan dia jatuh cinta dengan mana-mana perempuan. Namun, siapakah dia untuk melawan takdir Tuhan? Demi menjaga maruah dirinya dan perempuan itu, sebuah ikatan tercipta tanpa rela. "Aku takkan cintakan kau" "Sekeras manapun hati abang, Hani akan pastikan Hani cairkan hati abang." Apabila dendam sudah dibalas, perlahan demi perlahan, Fateh mula menerima kehadiran Hani. Dan apabila sudah mencapai kebahagiaan, muncullah satu konflik dalam kehidupan mereka. Apabila segala rahsia terbongkar, Hani mula menjauhkan diri daripada Fateh. Baginya, tidak mungkin dia akan maafkan lelaki yang membuat perkara keji itu. Dan apabila Fateh sedar kesalahannya, sebuah kemaafan harus dia tuntut. "Susah sangat ke nak maafkan aku?" "Pergi dari sini, Fateh. Saya dah janji kat diri saya yang saya takkan jatuh cinta pada awak lagi." Adakah kebahagiaan milik mereka pada akhirnya?

Status
6yrs ago
Chapters
4
Rating
n/a
Age Rating
18+

PROLOG

"Kau dengar dulu apa yang aku nak cakap!"


"No! Abang yang kena dengar dulu sepatutnya! Abang dah buat kepercayaan Hani terhadap abang hilang! Abang sedar tak apa yang abang buat selama ni?!"


Fateh mengeluh. Ya, dia memang sedar apa yang dilakukan olehnya. Dia tahu perkara itu dosa. Namun, dek kerana geram dan marah menguasai dirinya, dia mengambil tindakan drastik itu.


Air mata Hani pula masih setia mengalir di pipinya. Tidak dia sangka, insan yang paling dia sayang selama ini, insan yang dia hormat sebagai suami telah membuatkan kepercayaan terhadapnya terus hilang. Kini, hanya kesedihan yang menguasai dirinya.


"Jadi kau nak kata apa yang mak dengan bapak kau buat tu betul..."


Sebelum Fateh menghabiskan ayatnya, Hani sudah menyampuk.


"Saya tak kata apa yang diorang buat tu betul. Ya mereka salah tapi abang tak sepatutnya..."


"Jadi kau nak kata aku salah? Eh apa masalah kau sebenarnya?!"


Kecil sahaja Hani memandang Fateh kini. Terus kolar baju suaminya ditarik rapat dengan menggunakan kedua-dua tangannya.


"Abang tanya apa masalah Hani? Masalah Hani sekarang ni..abang! Abang yang tak faham Hani sekarang ni..."


Suaranya mula berubah menjadi sayu. Terus dia terduduk dalam lantai dengan air mata berjuraian di pipinya. Fateh pula hanya tercegat di situ, melihat perlakuan isterinya dengan pandangan sedih.


"Hani tak kata apa yang diorang buat tu betul. Dan Hani tak akan cakap apa yang abang buat tu betul. Sepatutnya, abang harus bagitau Hani tentang hal ni. Kalau ya pun abang nak balas dendam..abang boleh je bunuh Hani..bukan keluarga Hani! Walau apapun, abang tak sepatutnya buat macam tu! Mereka satu-satu keluarga yang Hani ada selama ni!"


Esakan Hani semakin kuat. Apabila teringatkan keluarganya, hatinya mula terasa sebak. Dia rindukan keluarganya. Dan kini dia hanya berseorangan. Tanpa sesiapa.


"Abang tau tak..sekarang ni Hani dah sebatang kara. Dah takde siapa-siapa untuk Hani..."


Fateh tersenyum sinis. Entah apa yang rasuknya, tiba-tiba, rambut isterinya dicengkam sehinggalah Hani terbangun dan meraung kesakitan.


"Kau rasa sakit? Kau rasa perit? Bagus. Baru puas hati aku! Kalau kau nak tau..selama ni AKU pun rasa macam tu. Dah takde siapa-siapa untuk AKU masa tu! Kau tak tak?!"


Terus rambutnya dilepaskan sehingga Hani terjatuh ke arah katil. Mujurlah jatuh di katil, kalau tidak lagi satu rahsia akan terbongkar.


Fateh meraup wajahnya. Entah kenapa, tiba-tiba perasaan marahnya mula memuncak. Entah bagaimana dia cederakan isterinya padahal dia tidak bersalah dalam hal ini. Hani yang duduk atas katil didekati. Hatinya mula menjadi sayu apabila melihat isterinya yang menekup wajahnya sambil menangis teresak-esak. Tempat kosong di sebelah Hani dijadikan tempat untuk dia duduk.


"A..aku minta maaf..Aira. Aku..tak sengaja. Pandang aku.."


Kedua-dua tangannya diletakkan di pipi Hani dan ditarik ke arahnya untuk menghadapnya. Fateh berasa pelik apabila kedua-dua pipi Hani terasa panas.


Baru sahaja ingin membuka mulut, tiba-tiba, Hani terjatuh dalam pangkuannya. Fateh sudah cemas. Pipi isterinya ditepuk berkali-kali. Tangannya turun ke leher Hani. Matanya membulat apabila suhu badan Hani sudah panas.


Terus dia mencempung tubuh isterinya yang lemah dan keluar dari bilik itu. Kunci kereta dicapai sebelum dia keluar dari rumahnya, untuk menuju ke hospital.



Next Chapter

Let shavina❤️😊 know what you thought about this chapter!

Further Recommendations

Mystic Wolf

Teresa: The book is well done, brilliant in fact! Z

Read Now
Bear Shifter Secrets

tatianne Ingrid: Adorei cada capitulo! parabens

Read Now
To Catch a Ghost, Part 1

Wendy Salvo: I really liked this story but now that I’ve read all three I wanted to come back with a thought, the forward on this story talks about a reverse harem and not having to choose, but there isn’t any choice, or thought of a harem until the moment she connects with them, there is only foreshadowing of o...

Read Now
Going For The Goalie

S.TYTECA: I really enjoyed reading this book! The story was engaging and kept me interested throughout. There were a few minor spelling errors here and there, and some parts felt a little drawn out for my personal taste, but that’s purely subjective. Overall, it was a lovely read, and I genuinely enjoyed the ...

Read Now
The Grumpy Next Door

mmurphy1008: This book had my attention from the very first chapter! It has romance and humor and just enough tension to keep it moving along. Can’t wait to read more from this author.

Read Now
The Luna He Threw Away

Danielle_Anderson: Garian’s folded arms and the anger he does not bother to hide from Tria caught my attention more than the rejection itself. He stands near the platform steps like a man watching a preventable disaster, and his insistence that the council has not agreed to exile suggests Delvan’s decree is not as abs...

Read Now
The Contract Wife

waiy: I genuinely loved reading The Contract Wife! The storyline is engaging and keeps you interested, making you want to continue reading and discover what happens next.One of my favourite moments was when she discovered that she was pregnant in Chapter 23. Interestingly, I had already started suspecting...

Read Now
Called by the Alpha

Sandra: Gabi is special and Luca is her mate but, he has to protect her but just maybe she can protect all. Hope to read part 2 soon

Read Now
Half-Claimed

Eniola: It was a good read. I love it ❤️

Read Now