Chapter 1
"NYX AMAYA!"
"MAYA!"
"MAYAAAAA!"
Teriakan demi teriakan kedengaran di setiap ruangan rumah setingkat yang sedarhana besar. Seolah-olah teriakan itu tiada penghujungnya. Ketukan demi ketukan bertubi-tubi membingitkan telinga.
Nyx Amaya bangun dari tidurnya yang lena. Bilik stor yang kecil menjadi tempat dia beradu. Matanya dibuka perlahan-lahan dan melihat ke arah tingkap yang betul-betul berada di sisi atas katilnya yang rapat ke dinding tingkap tersebut. Manakala di kanan dan kiri katilnya, ngam-ngam sahaja rak buku di sebelah kiri terletak, dan disebelah kanan meja kayu yang sudah agak usang namun masih cantik setelah dikemas oleh Maya.
Boleh dikatakan bilik itu memang khas untuk dia seorang sahaja yang muat di dalamnya, hendakkan pula badannya yang memang kurus dan kecil. Rambut yang agak panjang bewarna biru pekat diikat olehnya dengan gelang getah yang sempat dia kutip di meja dapur kelmarin.
Maya terus mengesot sedikit demi sedikit menuju ke hadapan pintu bilik yang betul-betul tepat di hujung kakinya dan ada sedikit sahaja jarak untuk dia membuka pintu itu. Tepat-tepat sahaja pintu itu boleh dibuka dan terus mengena kaki katilnya. Amatlah sempit! namun dia sudah biasa dengan keadaan itu.
Matanya melihat susuk tubuh seorang perempuan yang agak tinggi daripadanya berdiri di hadapannya dengan wajah yang bengis. Memang boleh dikatakan jika dia jumpa sesiapa yang seumuran malah lebih umurnya, semua manusia itu lebih tinggi daripada dirinya yang sedia halus.
"MAYA! Kau memang tak tahu malu ke? Menumpang rumah orang buat macam rumah sendiri! Bila kau nak berambus hah? Semak lah tengok muka kau pagi-pagi!"
Maya tersenyum sinis dalam diam. 'Kau yang panggil aku pagi-pagi suruh hadap muka kau, sekarang kau nak salahkan aku?'
Maya tidak memberi sebarang riaksi dan hanya memandang gadis di hadapannya itu kosong. Gadis itu merupakan Kayla, kakak tirinya yang berambut pendek perang. Berjerawat dan suka memakai lens tidak kira waktu. Oh nampaknya hari ini warna matanya bewarna biru.
"Kayla Kayla... Pengemis ni memang patut sudah dari dulu dihalau. Tapi dia yang tidak mahu berambus. Oh atau..." Seorang gadis berambut merah mendekati wajah Maya dan tersenyum sinis.
"Atau kau tak lepas keluar dari rumah ni?" Gadis itu kemudiannya gelak besar mengejek Maya yang sudah berubah air muka. Dia tahu apa yang gadis bernama Kira itu cuba lakukan. Kira merupakan adik tirinya, adik kandung kepada Kayla. Mereka berdua memang adik beradik setan.
Mereka semua keluarga yang amat kejam. Dia tidak sepatutnya duduk dengan mereka sejak dari kecil lagi. Maya kena macam-macam. Maya turut pernah beberapa kali cuba melarikan diri namun pasti dia akan dikurung lama di dalam bilik kecilnya itu sehingga tidak dibenarkan untuk menjamah sebarang makanan dan minuman.
Dia pun sudah biasa jarang makan. Semuanya disebabkan oleh sikap keluarga tirinya itu. Yang boleh dikatakan tiada sedikit pun belas kasiham dalam diri mereka tunjukkan. Malah diri Maya selama ini sering tersiksa.
Semenjak ibu kandung Maya meninggal dunia, Ayahnya bercadang untuk berkahwin dengan seorang wanita yang tinggal di kampung. Pada awalnya, hidup Maya amatlah bahagia dengan kasih sayang ibu dan ayah kandungnya, tetapi selepas ibunya meninggal dan ayahnya berkahwin pula dengan perempuan lain, hidupnya terus menjadi serba tidak kena dan huru hara. Kebahagiaannya dirampas sepenuhnya oleh mereka semua. Dia dibenci sejak dari awal lagi oleh ibu tirinya. Ayahnya pula kini sedang dirawat di hospital akibat sakit tenat. Ketika ini juga, segala harta dan rumah ini menjadi milik ibu tirinya dan dia sahaja yang cuba menguasai kesemuanya.
"Kau boleh cepat sikit tak buat kerja? Aku nak pergi sekolah dah, pastikan semua baju aku bergosok bila aku balik nanti!" Kayla mula bagi arahan seperti biasa kerana dia sengaja mahu melambatkan Maya untuk ke sekolah. Dia tidak mahu Maya bergerak ke sekolah sama waktu dengannya kerana dia malu dengan kawan-kawannya yang lain. Kayla tidak mahu rakan-rakannya lain tahu bahawa Maya tinggal bersama dengannya.
Kira hanya tersenyum sinis lalu sempat dia menarik rambut Maya sebelum berlalu pergi ke dapur untuk bersarapan.
Maya yang terasa sakit dibuat demikian terus memandang tajam ke arah Kira yang melepasinya. Sungguh ketika ini dia mahu sekali membunuh dan menikam Kira jika dia mampu. Namun itu hanya berlaku di dalam imaginasinya sahaja.
Setelah selesai melakukan segala kerja hariannya di rumah neraka itu, Maya terus mengelap peluhnya dengan hujung lengan baju.
Dia menuju ke arah ruang tamu rumah. Sunyi sahaja rumah terea setingkat itu. Pasti mereka semua sudah keluar ke tempat kerja dan sekolah. Ibu tirinya juga sudah beberapa hari dia tidak lihat kelibatnya. Entah kemana wanita tua yang tidak sedar diri itu. Pasti dia tidur di rumah lelaki lain lagi. Sangat tidak hormat akan ayahnya yang sedang tenat ketika ini!
Maya memasuki biliknya semula dan melihat jam kecil yang diletakkan di atas meja. Jam tangan pemberian ayahnya ketika dia masih kecil. Elok lagi kerana Maya menjaganya dengan sangat baik. Walaupun kelihatan seperti jam yang sepatutnya sudsh tukar baru, namun Maya tidak kisah. Asalkan dia boleh melihat masa. Bila masanya dia boleh beli barang baru? Mimpi sahaja lah.
Maya mengambil kesempatan ketika dia keseorang di rumah dengan membaca buku-buku cerita kegemarannya. Novel yang sama juga diselak setiap muka surat yang ditanda. Rasanya hampir 100 kali dia ulang membaca novel pemberian ibunya itu. Buku lain itu, buku yang memang sedia ada di rak lama milik ibunya, jadi dia sudah habis membaca keseluruhan cerita. Namun dia tiada buku lain untuk dibaca selain mengulang pembacaannya dia setiap cerita kegemarannya.
Kisah fantasi mengenai dunia lain yang wujud tanpa pengetahuan manusia. Setiap kali Maya membaca novel itu, pasti dia dapat membayangkan dirinya seolah-olah berada di dunia yang berbeza. Agaknya... wujud kah dunia yang lain itu?
KRING KRING!
Terkejut Maya apabila mendengar bunyi alarm daripada jam tangannya. Maya mengeluh. Nampaknya sudah tiba masanya dia menemui neraka keduanya. Iaitu...
Sekolah.
















