DORM HACKS
Share with your friends
Customize readability

DORM HACKS

Hyun Yunzz

All Rights Reserved ©

Summary

Hacker

Status
4yrs ago
Chapters
1
Rating
n/a
Age Rating
13+

Prolog

Tiada apa yang lebih penting daripada mengutamakan keutamaan dan keselamtan para pelajar di Sekolah Tinggi Coarshire Fort.

Awalnya, tiada siapa menyangkakan sekolah seindah istana yang menempatkan pelbagai pelajar dari setiap pelusuk dunia itu mempunyai rahsia terbesar yang disimpan di dalamnya.

Keindahan alam di sekitar Coarshire tidak pernah menghampakan mereka yang datang. Menerima semua jenis pelajar dari pelbagai status asalkan mereka mendapat keputusan yang cemerlang.

Sekolah ini menjadi tarikan ramai sehinggalah satu kejadian yang tidak dijangka terjadi.

Chanelsyn R berkedudukan sedarhana. Markah ujian sedarhana. Tidak menyerlah. Paling diketepikan. Diabaikan. Tidak dipandang langsung. Malahan sentiasa dilupakan kehadirannya di dalam sekolah itu. Tidak ada seorang pun mengenali. Tidak ada seorang pun menyebut nama ini. Hidup aku sunyi. Namun di balik wajah yang polos, mata yang bewarna kehijauan, rambut lurus bewarna hitam, tinggi aku juga dalam 155 cm. Okay aku tak tahu kenapa aku sebut berapa ketinggian aku.

Aku memang langsung tidak berguna untuk bangsa dan negara!. Malah keluarga aku juga, bukan berharap kepadaku.

Dipendekkan cerita, aku ialah pelajar paling normal. Paling normal dan sentiasa dibuli dan dipulau hebat oleh manusia sekeliling.

"Weh perempuan" Kepalaku ditolak kasar oleh seorang lelaki yang tegap badannya dan mempunyai gigi taring yang sempurna. Wajahnya tidaklah sebengis mana namun hanyalah seperti wajah mangkuk-mangkuk pembuli jalanan yang hanya tahu memukul.

Aku memandang.

"Kau buat assignment aku. Esok aku nak. Kalau lambat, mati kau"

'Pak'

Kertas-kertas kerja itu dihentak kuat di mejaku. Aku hanya memandang kosong kertas yang mula bertaburan ke lantai. Malas untuk berperang mulut, aku terus menunduk untuk mencapai kertas yang terjatuh di lantai.

Lelaki itu tersenyum sinis.

Tiba-tiba...

Aku merasakan kepala aku seperti disimbah dengan sesuatu yang suam namun mempunyai isi-isi dalam cecair itu beserta maggi yang mula jatuh ke bahuku. Kertas di bawah yang jatuh itu sudah basah sepenuhnya dengan maggi.

"Hahahahaah! Rasakan!" Kedengaran gelak ketawa di dalam kelas itu apabila melihat aku yang sedang dibuli oleh lelaki yang sama.

Disimbah maggi oleh dua orang perempuan yang daripada tadi memerhatikan aku.

Mereka sengaja.

Mereka memang sengaja!

Air mataku seperti mahu jatuh sekali lagi namun aku terus berlari keluar dari kelas itu dan suara-suara gelak ketawa mereka masih sayup-sayup kedengaran di hujung telinga.

Lama aku berlari hingga keluar dari kawasan pagar sekolah itu dan menuju ke pagar asrama yang terletak di hadapan. Panggilan pengawal keselamatan diabaikan olehku. Kakiku terus laju melangkah menuju ke bilik dengan keadaan yang basah dan berbau maggi di badan.

Aku terus menghempas pintu bilik itu dan menguncinya dari dalam supaya tiada siapa pun boleh masuk ke dalamnya.

Aku mahu menangis sekuat hati namun air mataku sudah kering dan tidak tahu mengapa dia tidak mahu keluar. Aku tanpa berlengah terus memasuki bilik air dan membersihkan badan. Sakitnya!

Sakit sangat hati ini apabila dibuli hampir setiap hari. Salahkah dia mahu juga dilayan seperti orang lain? Salah kah dia jadi tidak cantik dan tidak berstatus besar seperti orang lain? Salahkah dia tidak mempunyai apa-apa melainkan usaha untuk jadi yang lebih baik?

KENAPA?! KENAPA SEMUA MANUSIA DI DUNIA INI TIDAK MEMPEDULIKANNYA!

Tiba-tiba ingatannya mengimbas sesuatu.

"Abang buat apa ni?" Polos sahaja aku menanyakan soalan kepada abang aku yang sedang menghadap tiga monitor di hadapannya. Berlampu-lampu semuanya sehingga kanak-kanak kecil itu begitu tertarik dengan bilik abang kandungnya itu.

"Kerja dik... adik kenapa tak tidur lagi ni?" Charles memandang adik perempuannya lalu tersenyum kepadanya. Sudah tengah-tengah malam namun adiknya itu masih berjaga membuatkannya terpaksa berhenti dari meneruskan kerjanya seketika.

"Abang kerja apa?" Soal aku yang masih tidak tahu apa-apa dan hanya tahu untuk bertanya.

Charles tidak menjawab soalan adiknya namun dia hanya mengusap kepala adik perempuannya seorang itu.

"Abang?" Aku menyoal lagi. Berkelip-kelip mataku memandang wajah Charles yang masih tidak menjawab soalan.

"Kenapa abang diam?" Soalku lagi.

Charles tergelak kecil melihat adiknya yang masih tidak putus asa bertanya.

Pipi mulus milikku diusap oleh Charles dengan lembut. Aku masih tepat memandamg matanya.

"Adik, nanti kalau suatu hari adik ditimpa apa-apa masalah atau berjauhan dengan abang... adik bagitahu je abang tau..."

"Macam mana nak bagitahu abang? abang selalu tukar no.telefon. Mama bagitahu"

Tersembur gelak Charles apabila adiknya memberi kenyataan itu. Pandai betul budak ini berfikir!

"Mama bagitahu?" Soal Charles. Aku mengangguk laju.

"Hmm, adik bagitahu je abang melalui gelang tu" Ujar Charles lalu memandang tepat ke arah tangan kecil adiknya yang memakai gelang yang jarang dilihat di luar. Bukan seperti gelang biasa. Bentuknya bulat ditengah dan mempunyai cahaya kehijauan bersama satu lambang yang tidak tahu maksud lambang tersebut.

"Macam mana? kena cakap ke?" Aku buat seperti bercakap dengan gelang sama macam berbual di telefon.

Sekali lagi Charles tergelak melihat perangai adiknya. Haihlah seketul Chanelsyn ni...

"Tak dik... macam ni..." Charles menekan benda bulat yang berada di tengah gelang itu lalu cahaya hijau tiba-tiba keluar dengan lebih terang dengan seketika. Terkejut aku ketika itu lalu sempat aku memandang ke arah gelang Charles yang sama corak dengannya itu.

Gelang Charles terus bercahaya seolah-olah baru menerima pesanana dari gelang aku. Aku terpesona melihat cahaya hijau itu.

"Faham?" Soal Charles. Aku mengangguk laju setelah memehami mengenai perkara itu.

"Good Girl..." Charles mengusap kepalaku.

Charles...

Rasanya sudah lama aku tidak mendengar khabar tentang abang. Selepas abang menghilangkan diri dari rumah keluarga, kami tidak lagi dapat berhubung seperti biasa.

Gelang yang diberi oleh Charles itu dipandang olehku. Aku masih memakainya sehingga ke hari ini. Tetapi gelang itu sudah tidak dapat berfungsi. Tidak tahu kenapa. Selepas Charles hilang, cahaya bewarna hijau di gelang itu turut hilang bersama. Mengapa? Kenapa tiba-tiba dia tak berfungsi.

Charles... bukan kah kau kata, kalau aku ada masalah, aku boleh bagitahu kau melalui cara ini?

Tetapi sekarang gelang ini sendiri tidak berfungsi selepas kau pergi... Bagaimana aku mahu minta tolong kau Charles?

Hati aku sayu. Aku rasa seperti dunia aku hancur selepas Charles pergi. Aku sudah tiada teman, aku tiada pelindung.

Siapa sahaja ketika ini yang mampu bersama denganku? Aku tersenyum tawar.

Sehinggalah...

"Duit aku habis..."

"Aku dah tak ada apa-apa dalam account bank aku!"

"Mereka ke yang ambil semua duit kita?"

"Gambar lama aku disebarkan... siapa yang buat semua ni!"

"Aku takut... aku terima mesej yang bukan-bukan... lepas itu aku dapat tahu yang aku punya akaun social media semuanya telah ditukar kata kunci"

"Siapa punya angkara..."

Sekolah Tinggi Coarshire Fort, digemparkan dengan pelbagai berita mengejut mengenai duit, akaun dan semua mengenai alat elektronik yang sudah menakutkan semua pelajar ketika ini. Sehingga masing-masing tidak mahu membuka sebarang alat eloktronik sekalipun kerana takut kena yang lebih daripada itu.

Namun hanya ada seorang pelajar sahaja yang tidak kena langsung dengan kes itu. Dia masih hidup normal bersama duitnya, akaunnya juga terjaga rapi dan tidak mempunyai sebarang kerisauan. Aku lah orang itu.

Aku sendiri tidak faham kenapa mereka semua kena, sedangkan aku tidak.

Sampaikan akhirnya...

Aku dituduh.

"Kau sebenarnya siapa Chanelsyn..." Semua mata memandang tajam ke arah aku yang sudah terkaku.

"Pulangkan hak kami semua semula!"

Ya Tuhan.

Buku yang aku pegang terjatuh ke lantai.

Wajahku memandang mereka dengan simpati dan mengeleng laju. Aku menidakkan semua perkara kepada mereka. Mengapa mereka salahkan aku hanya kerana aku sahaja yang tidak kena apa-apa?!

Aku menunduk mengutip buku yang jatuh tanpa menghiraukan renungan mereka walhal hati aku...

Sudah tersenyum dengan gembira.

Continue reading in the app

Scan the code to open this book in the Inkitt app and keep reading on your phone.

Let Hyun Yunzz know what you thought about this chapter!

Newest Collections