Perenggan pertama - epilog setinggan.
Aku dilahirkan pada tahun 1977 di Kuala Lumpur. Sewaktu aku lahir, pada mulanya aku tinggal di sebuah taman setinggan di taman Kok Doh, dekat Segambut.
Aku masih ingat lagi cerita Abah aku yang dia buat rumah kami dengan membeli rumah orang lain ditanggalkan dan dibawa ke tapak rumah yang baru dan dipasang balik oleh abah aku sorang-sorang. Rumah tu Abah aku beli dalam RM500 kut. Punyalah dahsyat abah aku boleh buat tanggalkan rumah tu dan bawa sikit-sikit dan akhirnya pasang balik tanpa bantuan orang lain.
Macam susah je, apa pasal tak buat baru je? Buat baru kosnya mahu 10 kali ganda. Kami pun orang susah dan masa tu Abah mak aku pun baru je kawin ada ada duit cukup nak beli rumah baru atau buat rumah baru. Aku cukup terharu bila mengenangkan betapa cukup hebat Abah aku dengan tulang empat kerat dia mampu sediakan rumah untuk kami bertiga masa tu.
Kenapa sorang? Yelah masa tu adik-beradik mak aku yang tinggal kat sebelah rumah kebanyakan yang dewasa cuma perempuan, yang lelaki masih kecil sekolah rendah lagi. Mak aku adalah yang sulong dan bawah dia ada 6 perempuan dan 3 lelaki kecik-kecik. Belah Abah aku kebanyakannya pun sama yang lelaki kecik-kecik gak. Cuma abang abah aku tu je yang besar tapi sebab dia kerja askar kena kerja kat sabah.
Memang abah aku ini pakar pertukangan, sama ada tukang kayu, tukang besi dan segala jenis tukang dia mahir. Disebabkan itulah aku pun jadi mahir macam dia. Stail Abah aku ni dia memang suka belajar kerja mekanikal ni dan cepat belajar. Sekali tengok lepas tu esok dia akan buat sendiri.
Nak repair motor, basikal, mesin, jam, semua benda dia boleh buat. Sampai aku dewasa pun, aku masih tak mampu jafi hebat macam dia. Memang Abah aku ni hero bagi kami sekeluarga.
Rumah baru kami hanya bersebelahan dengan rumah atuk dan nenek belah mak aku. Masa itu cuma mak aku saja yang dah kahwin yang lain si lagi bujang dan masih belajar. Rumah aku seingat aku memang paling cantik di kawasan setinggan itu, paling banyak bunga yang mak aku tanam.
Sebelah kanan rumah aku tonggal pakcik tekai sekeluarga. Depan rumah aku ada jalan kampung dan seberang jalan ada rumah panjang penuh dengan orang bujang tinggal kat situ. Sebelah kiri rumah atuk dan nenek dan sebelah mereka ada rumah india yang anak dialah yang jadi kawan aku masa kecik.
Setiap kali kalau aku nak pi main mainan baru, aku akan pi rumah budak india ni. Mak dia baik tapi sayang aku lansung dah tak ingat nama budak india tu dan keluarga dia.
Disebabkan aku yang paling kecik, yelah yang lain sama ada dah kerja atau bersekolah, jadi aku akan ditinggalkan kat rumah nenek, sebab cuma nenek je yang ada pagi-pagi dan lambat pergi berniaga. Oh ye nenek aku tu aku panggil dengan panggilan Atah. Apa maksudnya, entahlah aku pun tak tau. Tapi memang uniklah panggilan nenek aku tu.
Selalunya sebelum atah pergi berniaga, aku akan merayau sekeliling rumah dengan kucing kesayangan aku yang bernama Comel. kucing aku ni sebiji macam anjing peliharaan sebab dia bukan kucing pemalas yang tau lepak je. Ke mana saja aku pergi merayap dia pasti ikut. Pernah sekali aku merayau belakang rumah ada ular, comel aku lah yang lawan dan selamatkan aku. Memang macam cerita fiksyen tapi itulah yang terjadi. Tapi sayang, bila aku mula nak pindah ke rumah baru di istana negara, comel mula hilang dari rumah tak balik-balik. Sampai ke tua ni aku masih merindui kucing pertama aku ni.
Bapa aku kerja sebagai kerani pada mulanya diistana negara kemudian dia bertukar bidang menjadi pemandu di Istana Negara. Manakala mak aku pula sebagai Kerani di sebuah kilang di Ampang. Disebabkan oleh kedua-duanya bekerja maka aku selalu tinggal dengan Atah. Atah aku berniaga di sebuah medan Selera di Jalan Duta. Dimana banyak pekerja kerajaan bekerja dikawasan itu. Tapi sekarang ni medan selera tu dah dirobohkan dan diganti dengan yang baru di lokasi berlainan. seingat aku tapak lama tu sekarang jadi bangunan MITI.
Setiap pagi aku dan nenek akan naik teksi pakcik sebelah rumab untuk pergi berniaga. Selepas semya orang sudah keluar bekerja dan bersekolah, maka kami akan bergerak menuju jalan Duta.
Aku masih ingat lagi rutin aku setiap hari di Medan Selera ialah mengutip penutup botol sebab masa tu tak ada lagi minuman dalam tin. Masa ni aku berumur tiga ke empat tahun. Jadi tak banyak benda yang aku boleh tolong nenek aku. Pada waktu sibuk aku selalunya akan tidur di dalam gobok sambil nenek aku berniaga menjual makanan.
Atau aku pula bekerja sebagai jaga. tempat dia kerja memang jauh dan dia pergi kerja hanya menaiki basikal. Menurut mak aku atuk aku terpaksa mengayuh basikal daripada segambut sehingga ke Ampang dia bekerja setiap hari. Jadi kau orang boleh orang boleh bayangkan hebatnya Atuk aku boleh kayuh basikal sejauh itu. Disebabkan itu jugalah aku jarang jumpa dengan atuk aku cuma kadang-kadang Bila dia ada cuti selalu belanja aku pergi kedai.
Nenem Aku ini sebenarnya banyak juga pekerjaan yang dia buat, selain berniaga memang mahir dalam kerja mengurut dan mengubat orang sakit, kira macam dukun lah. Nama nenek aku ni memang terkenal sebab sampai orang jauh-jauh kan datang jumpa dengan nenek aku atau mengambil dia pergi ke rumah orang yang sakit. Disebabkan aku tinggal dengan nenek aku sepanjang masa di waktu siang maka bila nenek aku pergi berubat aku akan mengikutnya.
Memang banyak tempat di seluruh Malaysia ni yang kami pergi. kadang-kadang naik teksi, kadang-kadang naik bas, kadang-kadang naik keretaapi. Kalau kami terpaksa Bermalam di sesuatu tempat maka nenek aku selalu tinggalkan nota untuk mak aku bagitahu yang kami akan bermalam dua tiga hari di sesuatu tempat.
Nak jadikan cerita sebenarnya nenek aku ni memang ada simpan jin dan jin tu selalu muncul dalam bentuk harimau. Setiap tahun nenek aku akan buat upacara pulut kuning dengan keris yang berbalut dengan berbagai kain dan yang terakhir sekali dengan kain kuning. nenek akan tabur bertih beras untuk jamuan harimau tadi. Upacara ini dilakukan semua anak-anak akan berada di dalam rumah bersama dengan nenek. Nenek aku pernah cakap yang dia nak wariskan jin ini dengan aku. Memanglah aku takut pada waktu tu. Dia kata anak lelaki sulong akan mewarisi jin ini. Aku selalu berharap sangat yang nenek aku tak jadi bagi jin ni kat aku.
Pada usia aku lima tahun, aku mendapat seorang adik lelaki dan pada tahun itu juga atuk aku meninggal dunia. Jadi selepas Atuk aku meninggal dunia, abah aku dapat berpindah masuk ke kuarters Istana Negara. Maka disitulah bermulanya kisah aku sebagai budak istana.








