The Emerald
Partager avec vos amis
Personnaliser la lisibilité

The Emerald

Tous droits réservés ©

Résumé

'Emerald means precious gemstone. That's what a friendship means to me. Friendship is something precious in my life' Ini kisah mereka. Kisah yang terkandung dengan kebahagiaan dan juga kedukaan. Ini kisah perjalanan persahabatan mereka. Selina Narsya, Elvira Zahira, dan Hafsa Ivina. 3 gadis dengan telatah nakal mereka mampu membuatkan sesiapa sahaja pening kepala dan naik darah. Ada saja yang membuatkan mereka panjang akal. Segalanya menjadi huru-hara jika mereka bertemu. Perkara yang mudah menjadi rumit. Semuanya terasa lucu. "Mana? Mana kau letak benda itu? Mana! Aku dah kata kan tadi suruh pegang!" -Selina Narsya "Kenapa kau marah aku? Marahlah dia! Bukan aku yang letak bersepah-sepah!" -Elvira Zahira "Kenapa marah-marah ini? Mesti sebab syaitan hasut. Nak aku azan tak? Kasih semua syaitan lari." -Hafsa Ivina

Genre :
Humor,Other
Auteur :
a.izzahkhai
Statut :
il y a 5 ans
Chapitres :
4
Rating
5.0 (1 avis)
Classification par âge :
16+

Chapter 1

-If your friend doesn’t annoy you at times then it’s not a true friendship-




Kepala ditoleh memandang ke arah kiri dan kanannya bagi memastikan tidak ada sesiapa yang melihat dirinya. Ivina mengeluarkan kunci dari dalam poket seluar sukannya.


Kunci dimasukkan ke dalam tombol lalu diputar ke arah kirinya. Tombol pintu dipulas lalu dia memboloskan dirinya ke dalam bilik muzik itu.


Sempat dia mengunci pintu bilik muzik itu dari dalam supaya tidak ada sesiapa yang masuk. Dia tidak mahu seseorang menjumpainya di dalam bilik muzik itu sedangkan sekarang masih lagi waktu pembelajaran.


Tangannya mencapai gitar lalu punggungnya dilabuhkan di atas lantai. Belakang badannya berlaga dengan dinding. Tangannya mula memetik gitar secara rawak.


"Hm," gumamnya berlagu seiring dengan petikan gitar miliknya itu. Mata dipejam rapat sambil dia menikmati alunan melodi yang dihasilkan dari gitar itu.


'Perhatian kepada Selina Narsya, Hafsa Ivina dan Elvira Zahira dari kelas 4 Acrylic. Sila datang ke pejabat pengetua dengan kadar segera.'


Ivina mencelikkan matanya saat mendengar namanya disebut. Dia mengeluh bosan. Baru saja dia mahu ponteng kelas tetapi dirinya sudah dipanggil pergi ke pejabat pengetua. Pengetua sekolahnya bagai tahu-tahu saja.


"Buat malu saja panggil nama guna announcement. Kaya sangat sekolah aku ini sampai pakai announcement," omel Ivina sendirian.


Dia bangkit berdiri lalu meletakkan semula gitar di tempat asalnya. Telinganya disumbat dengan menggunakan airpod yang dibawanya secara sembunyi-bunyi.


Tudung sekolahnya dibetulkan sedikit sebelum dia mengatur langkahnya menuju ke bilik pengetua. Begitu santai langkahnya sambil dia mendengar lagu.




Bunyi gelak tawa dua pelajar perempuan itu memecahkan kesunyian studio seni itu. Narsya dan Elvira begitu asyik berbual diselang-seli dengan tawa mereka apabila merasakan cerita mereka itu lucu.


"Habis itu, apa jadi dekat dia selepas kau tolak dia itu?" tanya Narsya ingin tahu. Novel ditangan tidak diberikan sepenuh perhatian melainkan dia mendengar Elvira yang bercerita itu dan ini.


"Jatuh longkang. Selepas itu, dia tak boleh keluar sebab tersekat." sambung Elvira lalu mereka berdua melepaskan tawa serentak. Begitu lucu mendengar cerita Elvira itu.


'Perhatian kepada Selina Narsya, Hafsa Ivina dan Elvira Zahira dari kelas 4 Acrylic. Sila datang ke pejabat pengetua dengan kadar segera.'


Terhenti tawa dua gadis itu serta-merta apabila mendengar nama mereka berdua dipanggil. Mereka berdua berbalas pandangan antara satu sama lain.


Narsya menutup matanya lalu menutup wajahnya dengan novel ditangannya. Elvira pula menepuk dahinya perlahan.


"Malunya kena panggil guna announcement," rengek Narsya perlahan. Jika sesiapa sahaja berada di tempatnya dan sahabat-sahabatnya, pasti malu sendiri kerana satu sekolah tahu nama mereka sendiri dipanggil melalui pengumuman.


"Jom, Sya." ajak Elvira. Ditolak ke tepi rasa malunya itu. Dia mula mengemas peralatan lukisan yang telah digunakannya dan dimasukkan ke dalam tote bag miliknya.


"Agak-agak pengetua nak apa?" soal Narsya lalu dia bangkit berdiri dan mengekori langkah Elvira keluar dari bilik khas itu. Pintu studio seni itu ditutup dan dikunci oleh Elvira.


"Entahlah. Ada lah itu yang pengetua nak bagitahu." balas Elvira. Kedua sahabat itu berjalan beriringan menuju ke pejabat pengetua.


Saat mereka tiba di hadapan pejabat pengetua, mereka berdua terserempak dengan sahabat mereka seorang lagi, Ivina.


Ivina mencabut airpod yang disumbat ditelinganya dengan selamba dan disimpan ke dalam poket seluar sukannya. Membulat mata Narsya dan Elvira.


"Kau pakai airpod dekat luar ini? Berani mati kau, eh." bisik Elvira dengan nada marah. Ivina tidak ambil peduli lalu dia menarik tote bag yang disangkut pada bahu Elvira itu dan memasukkan telefon serta airpod miliknya.


"Kau ini! Kalau cikgu nampak memang habis kau!" bisik Narsya keras. Ivina hanya menayang wajah tidak bersalah sahaja. Dia mengetuk pintu pejabat pengetua terlebih dahulu lalu melangkah masuk ke dalam pejabat tersebut.


"Kawan siapa itu?" soal Elvira sambil menggelengkan kepalanya. Tingkah laku Ivina memang tidak boleh dijangka. Ikut kepala sendiri sahaja kerjanya.


"Kawan kau lah itu." balas Narsya lalu terus melangkah masuk ke dalam pejabat pengetua itu sebaik sahaja memberi salam.


"Tunggulah aku," tutur Elvira tidak puas hati apabila dirinya ditinggalkan begitu sahaja oleh dua sahabatnya itu. Inilah kawan. Kata susah senang bersama-sama. Ini belum apa-apa dah kena tinggal dulu.


Elvira mengambil tempat duduk di sisi Narsya menghadap pengetua mereka itu, Encik Faisal. Walaupun umur sudah menginjak ke angka 49, tetapi lelaki itu masih lagi kelihatan begitu segak.


"Best tak kena panggil guna announcement?" soal Encik Faisal dengan sengihan. Dia seorang yang begitu peramah dan boleh diajak bergurau walaupun dengan pelajar-pelajarnya. Disebabkan itulah dia begitu disenangi dan disayangi oleh warga sekolah itu.


"Malu tahu sir satu sekolah tahu kita orang kena panggil." rungut Narsya dengan wajah masam. Encik Faisal tergelak.


"Kenapa sir panggil kami bertiga?" soal Ivina terus pada niat sebenar mengapa dia dan sahabat-sahabatnya dipanggil ke pejabat itu.


Encik Faisal berdehem perlahan. Dengan Ivina sahaja dia jarang bergurau, wajah pelajarnya yang seorang itu memang serius memanjang. Gelak apatah lagi. Rasa begitu hambar saja lawaknya.


Daripada dia gelak sendiri dengan lawaknya, lebih baik dia tidak bergurau dengan Ivina. Buat malu dirinya sahaja nanti.


"Saya ada dua berita nak sampaikan dekat awak bertiga." ujar Encik Faisal dan kali ini wajahnya diseriuskan.


"Apa dia, sir?" soal Elvira ingin tahu.


"Your Voice Competition dah ditetapkan pada 2 bulan depan. Dengan senang hatinya saya suruh Cikgu Tina daftarkan nama awak bertiga untuk wakilkan sekolah kita. Suka tak?" ujar Encik Faisal dan kini dia tersenyum lebar.


Narsya dan Elvira berpandangan sebelum mereka berdua serentak tergelak hambar. Ivina pula hanya diam saja sejak tadi.


"Tapi sir kita orang tak nak menyanyi." protes Narsya apabila pengetuanya itu membuat keputusan tanpa berbincang dan tanpa kata persetujuan.


"Tapi saya nak awak menyanyi,"


"Tapi kita orang tak pandai menyanyi." protes Elvira pula. Wajahnya masam apabila dia terpaksa menyanyi.


"Tapi tahun lepas awak bertiga menang pertandingan nyanyian patriotik."


"Perkara yang lalu usah dikenang, sir. Lagipun kita orang terpaksa sebab tak ada sesiapa nak wakil kelas." potong Narsya laju.


"Ambil yang jernih, buang yang keruh. Apa salahnya awak wakil sekolah pula." balas Encik Faisal tidak mahu kalah.


"Sir!"


Terlepas tawa Encik Faisal. Tidak ada belas kasihan diberikan untuk pelajar-pelajarnya yang boleh dikategorikan agak nakal. Dia buat begitu sebagai hukuman mereka bertiga yang suka membuat masalah di sekolah.


"Ingat saya tak tahu awak buat hal semalam. Anggap saja ini hukuman untuk awak bertiga. Saya pun dah bosan nak denda awak bertiga. Macam angin lalu saja. Tak faham-faham bahasa." tutur Encik Faisal memberitahu niat sebenarnya mengapa dia buat begitu.


"Tapi sir kita orang lagi sanggup kena denda cuci tandas atau apa sekalipun. Janji bukan menyanyi." kata Elvira tidak puas hati.


"Awak tahu apa maksud ini?" soal Encik Faisal sambil menunjukkan jari telunjuknya dihadapan anak-anak muridnya itu.


"Tak," balas ketiga-ketiga mereka serentak.


"Impossible," ujar Encik Faisal sambil menggerakkan jari telunjuknya itu ke kiri dan ke kanan. Narsya dan Elvira mengeluh. Ingatkan perempuan saja mahu menang. Rupanya ada juga lelaki yang sentiasa mahu menang.


"Cukup sampai sini untuk berita yang pertama. Boleh lah awak bertiga mula berlatih dengan Cikgu Tina mulai sekarang. Saya rasa Cikgu Tina dah tetapkan waktu untuk awak bertiga berlatih."


Narsya dan Elvira sudah pasrah. Nampaknya mereka terpaksa berhadapan dengan orang ramai lagi sebagai peserta nyanyian.


"Berita kedua?" soal Ivina. Encik Faisal tersenyum mendengar soalan Ivina itu.


"Cuba teka apa dia?"


"Sir menang nombor ekor ke?" teka Elvira spontan. Narsya tergelak kecil apabila tekaan Elvira itu dirasakan begitu lucu. Elvira memang begitu spontan tetapi sentiasa terselit lawak.


"Amboi."


Elvira tersengih sahaja. Dia menayang barisan gigi putihnya tanpa rasa serba salah. Ivina tersenyum nipis melihat keletah dua sahabatnya itu.


"Setiap tingkatan akan buat mural pada blok masing-masing kecuali tingkatan 1 dan 2. Jadi untuk blok tingkatan 1 dan 2, saya letak nama awak bertiga jadi volunteer. Baikkan saya?" kata Encik Faisal dengan senang hati.


"Sir!"


Elvira benar-benar sudah pasrah. Narsya sudah menghentak perlahan kepalanya pada meja. Ivina memerhati tingkah dua sahabatnya itu. Kaki drama betul dua gadis itu.


"Awak boleh siapkan mural itu dengan segera, ya. Saya akan naikkan markah demerit awak. Anggap saja ini hukuman sebab awak buat masalah sepanjang bulan lepas." kata Encik Faisal dengan senyuman manis. Dia sudah merancang segalanya.


"Tapi sir..."


"Awak tahu apa maksud ini?" potong Encik Faisal laju sambil menunjukkan jari telunjuknya.


"Imposibble," balas tiga gadis itu serentak. Encik Faisal menggelengkan kepalanya dengan senyuman. Dia menggerakkan jari telunjuknya itu ke kiri dan ke kanan.


"No excuse,"


"Sir!" Encik Faisal hanya melepaskan tawanya sahaja.


"Saya tak pernah merungut bila awak semua buat masalah. Jadi, awak semua jangan merungut bila saya dah tetapkan hukuman untuk awak semua. Ingat. Saya akan naikkan demerit awak semua." ujar lelaki itu.


"Ivina okey ke dengan hukuman saya ini?" tanya Encik Faisal kerana sejak tadi gadis itu hanya diam melainkan dia bertanya soalan dan barulah gadis itu bersuara.


"Okey,"


"Vi!"


Ivina menoleh ke arah kanannya memandang Narsya dan Elvira. Wajah polos ditayang buat dua sahabatnya itu. Kelihatan kali ini kedua-duanya sudah benar-benar pasrah. Encik Faisal tersenyum sahaja.


"Boleh lah awak semua masuk kelas. Jangan ponteng."


3 gadis itu mula bangkit berdiri meninggalkan pejabat pengetua mereka itu. Narsya dan Elvira memandang tajam Ivina.


"Kenapa kau cakap okey?" soal Narsya sambil bercekak pinggang. Dia memincingkan matanya memandang Ivina dengan geram.


"Entah kau ini." celah Elvira laju.


"Sebab suka,"


"Dah. Sekarang aku surrender." tutur Narsya kerana sudah pasrah mendengarkan jawapan Ivina. Elvira mengeluh pasrah lalu mengejar langkah Narsya yang sudah pergi. Ivina tersenyum lucu sambil mengekori mereka berdua.

Continuez la lecture dans l'appli

Scannez le code pour ouvrir ce livre dans l'application Inkitt et continuer la lecture sur votre téléphone.

Dites à a.izzahkhai ce que vous avez pensé de ce chapitre !

Single Poreber

Hi author tersayang 😂
5 ans1

Dernières collections